Kesemua 16 pasukan telah mengetahui lawan mereka dalam peringkat kumpulan TM Piala Malaysia 2015 yang akan bermula pada 11 September ini.

Juara bertahan Pahang yang telah memenangi Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut sebelum ini telah diundi dalam Kumpulan D bersama dengan PKNS, Pulau Pinang dan PDRM.

Naib Juara Piala Malaysia tahun lepas, Johor Darul Ta’zim akan bertemu Perak, Sarawak dan ATM dalam saingan Kumpulan B.

Kumpulan C pula bakal menyaksikan saingan sengit antara pasukan Selangor, Felda United dan Kelantan.

LIONS XII pula bakal menentang Terengganu, Johor Darul Ta’zim II dan juga Kedah dalam Kumpulan A.

Leave a Reply

five × 2 =