PKNS FC 5 – 3 SELANGOR

Aksi penuh dramatik ditunjukkan kedua-dua pasukan lebih-lebih lagi apabila PKNS FC mencatat

kemenangan pertama musim ini dengan jaringan lima gol berbalas tiga ke atas Selangor di Stadium

Shah Alam.

 

Patrick Ronaldinho Wleh menjadi watak penting dalam aksi setelah berjaya mencipta hatrik masing-

masing pada minit ke 20, 53 dan 58.

Namun Selangor terlebih dahulu di depan seawal minit pertama menerusi jaringan Muhammad

Syahmi Safari.

 

Selain Patrick, gol PKNS FC turut dijaringkan oleh Safee Sali pada minit ke 25 dan Matias Hadwa pada

minit ke 38.

 

Manakala dua gol Selangor dijaringkan oleh Francis Forkey Doe pada minit ke 28 dan 55.

 

FELDA UNITED 1 – 1 KEDAH

Felda United terpaksa berpuas hati apabila hanya mampu berkongsi satu mata dengan Kedah

setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1 – 1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Ken Ilso Larsen menemui sentuhannya setelah meletakkan Kedah di depan pada minit ke 24 untuk

Kedah selesa mendahului pada separuh masa pertama.

 

Felda United bangkit menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi penyudah Hadin

Azman pada minit ke 58.

 

Kedua-dua pasukan terikat sehingga wisel penamat.

 

PERAK 3 – 2 MELAKA

Gol saat akhir menerusi sentuhan Vladislav Mirchev memastikan Perak memungut tiga mata penuh

mengatasi Melaka di laman sendiri.

 

Skuad The Bos Gaurus itu terpaksa menunggu hingga ke masa kecedaraan iaitu pada minit ke 92

untuk memiliki tiga mata berharga itu.

 

Perak yang sebelum itu dua kali mendahului perlawanan iaitu menerusi jaringan pertama oleh Tiago

Junio pada minit ke 26 dan Yashmir Pinto pada minit ke 63 di mana dalam tempoh itu Melaka dua

kali menyamakan kedudukan pada minit ke 42 dan 79 masing-masing hasil jaringan Jeon Woo Young

dan Izzaq Faris.

 

T-TEAM 1 – 0 PULAU PINANG

T-Team berjaya memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri setelah menumpaskan Pulau

Pinang dengan jaringan 1 – 0.

 

Mahamadou Samassa menjadi wira T-Team apabila menjaringkan gol tunggul untuk pasukannya

pada minit ke 71.

 

Setakat perlawanan ketiga Pulau Pinang masih belum mencatatkan sebarang mata dan jaringan

manakala T-Team berjaya mencipta kemenangan pertama sekaligus memperoleh tiga mata penuh.

 

SARAWAK 0 – 1 PAHANG

Selepas membelasah T-Team 5 – 0 di laman sendiri, Pahang sekali lagi memberikan aksi cemerlang

dengan mengalahkan Sarawak 1 – 0 di tempat lawan.

 

Pahang membuka tirai jaringan pada minit ke 25 hasil jaringan Chinedu Dike.

Dengan keputusan ini, Pahang berjaya menerajui takhta liga namun berkongsi tujuh mata dengan

Perak di tempat kedua.

Leave a Reply

five × two =