KEDAH 3 – 2 SARAWAK

Kedah tampil meneruskan rentak cemerlang setelah menjulang Piala Sumbangsih minggu lalu

dengan mengalahkan Sarawak 3 – 2 di laman sendiri.

Namun, Sarawak yang terlebih dahulu di depan hasil sepakan percuma Mark Andrew Hartmann

pada minit ke 10 sebelum Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan pada minit ke 22.

Sarawak kembali di depan menerusi sentuhan Tommy Mawat pada minit ke 26.

Enggan menyerah kalah ditambah dengan sokongan padu lebih 25,000 penyokong, Kedah sekali lagi

menyamakan kedudukan pada minit ke 71 menerusi Sandro Da Silva sebelum Syazwan Zainon

melengkapkan malam gemilang buat Kedah apabila menjaringkan gol kemenangan seminit

kemudian.

 

PAHANG 5 – 0 T-TEAM

Anak buah Dollah Salleh menunjukkan taring sebenar selepas membenam T-Team dengan jaringan

5 – 0 di Stadium Darul Makmur.

Sumareh Mohamadou, Matheus Alves Leandro, Jaewon Heo dan Chinedu Bright Ezendu menjadi

watak pemusnah kepada mimpi ngeri T-Team pada malam tersebut.

Gol pembukaan di jaringkan oleh Sumareh Mohamadou pada minit ke 14 manakala Matheus Alves

Leandro menambah duka T-Team dengan jaringan pada minit ke 55, Jaewon Heo pada minit ke 65,

Matheus Alves Leandro dengan gol kedua peribadinya pada minit ke 74 dan Chinedu Bright Ezendu

untuk gol ke lima pada minit ke 85.

 

PULAU PINANG 0 – 1 PERAK

Gol tunggal Shahrul Saad menjadi pemisah buat Perak ke atas tuan rumah Pulau Pinang untuk

menang 1 – 0 pada perlawanan kedua liga musim ini.

Jaringan tersebut terhasil setelah Shahrul Saad mudah menolak masuk hantaran Zaquan Adha pada

minit ke 77.

 

SELANGOR 1 – 1 MELAKA

Victor Stelian Astefai menjadi penyelamat buat maruah Selangor untuk sekurang-kurangnya

mengutip satu mata di laman sendiri selepas menjaringkan gol penyamaan buat Selangor

menentang Melaka di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Melaka terlebih dahulu di depan hasil jaringan Muhammad Khairu Azrin pada minit ke 68 sebelum

Selangor memerlukan 13 minit untuk menyamakan kedudukan.

 

PKNS FC 1 – 3 KELANTAN

Segala kontrovesi yang melanda skuad The Red Warriors sebelum liga bermula sedikit sebanyak reda

selepas mereka menang 3 – 1 ke atas PKNS FC di Stadium Shah Alam.

Perlawanan yang berlangsung pada sebelah petang menyaksikan penyerang mereka Mohamad

Ghaddar menjaringkan gol pertama pada minit ke 20 dan kedua dua minit kemudian.

Gonzalo Soto memberi sedikit harapan buat PKNS FC sebelum tamat separuh masa pertama namun

kapten pasukan Badhri Radzi menjaringkan gol ketiga pada minit ke 49 menerusi sepakan percuma.

 

Johor Darul Ta’zim 3 – 1 Felda United

Seakan ingin menebus kembali kekecewaan selepas gagal mempertahankan Piala Sumbangsih

minggu lalu, Johor Darul Ta’zim JDT kembali menunjukkan kemampuan sebenar mereka selepas

menumpaskan Felda United 3 – 1 di laman sendiri.

Namun segalanya nampak serba tidak menjadi pada awal permainan lebih-lebih lagi apabila Felda

United yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan hasil sentuhan Norshahrul Idlan Talaha pada

minit ke 23.

Tersentak dengan jaringan itu, pemain pertahanan JDT Fadhli Shas kembali menyamakan kedudukan

empat minit kemudian.

Segalanya berubah pada separuh masa kedua apabila JDT melebarkan kedudukan menerusi Gonzalo

Cabrera untuk gol kedua pada minit ke 62 dan Brian Ferreira pada minit ke 65.

Leave a Reply

four × 1 =