Perlawanan (LP2) 100PLUS Liga Premier 2017 di antara UiTM FC menentang Negeri Sembilan yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam pada 26 Januari yang lepas telah ditunda akibat cuaca hujan lebat sehingga menyebabkan kerosakan yang serius terhadap permukaan padang permainan dan boleh meningkatkan risiko kecederaan kepada pemain. Perlawanan tersebut telah berlangsung selama 32 minit dengan 1 gol yang telah dijaringkan oleh Bruno Junichi dari Negeri Sembilan.

Merujuk kepada Manual Liga Malaysia 2017, dalam hal perlawanan yang ditinggalkan akibat keadaan di luar jangka bagi apa-apa sebab selepas ia telah bermula, perlawanan hendaklah dimulai dengan keputusan yang sama pada saat di mana masa permainan terhenti dan bukan dimainkan semula sepenuhnya.

Perlawanan tersebut telah dipinda ke 7 Mac 2017, Selasa di Stadium UiTM Shah Alam.

 

 

Leave a Reply

nine − four =