RESULT FA CUP 2017 SECOND ROUND FULL-01-01

Pusingan Kedua Piala FA 2017 telah berlangsung selama tiga hari pada 13, 14 dan 15 Februari yang lalu di mana dua pasukan Selangor telah kecundang pada perlawanan tersebut. PKNS FC yang menjadi pasukan yang berentap pada Pusingan Akhir Piala FA 2016 tahun lepas dibenam oleh bekas juara 100PLUS Liga Premier 2016 iaitu pasukan Melaka di Stadium Hang Jebat dengan jaringan tunggal Amri Yahyah.

Pasukan Selangor pula terikat seri 0-0 dengan Negeri Sembilan dan perlawanan diheret ke masa tambahan. Keputusan tetap sama pada masa tambahan dan terus dibawa ke sepakan penalti. Sepakan pertama dari pemain Negeri Sembilan Noor Hazrul dapat ditepis oleh penjaga gol Selangor Khairulazhan, walaubagaimanapun sepakan ke empat oleh Halim Zainal dapat ditepis keluar oleh penjaga gol Negeri Sembilan dan sepakan kelima Ugo Ukah terkena tiang. Keputusan penalti berpihak kepada Negeri Sembilan dengan keputusan 3-4.

Di Stadium Ipoh, Perak pula, pasukan tuan rumah PKNP FC melenyapkan impian Kelantan untuk beraksi dalam Pusingan Ketiga Piala FA 2017 di mana perlawanan tersebut juga diheret sehingga ke sepakan penalti dengan keputusan berpihak kepada PKNP FC 4-3.

Pasukan Felda United FC berputih mata apabila ditumpaskan 2-0 di tempat sendiri dengan pasukan Johor Darul Ta’zim. Gol dicipta pada minit ke 13 oleh pemain Gabriel Guerra. Pada separuh masa kedua pula, Gonzalo Cabrera pula menjaringkan gol kedua untuk Johor Darul Ta’zim.

Dari keputusan penuh Pusingan Kedua, 8 pasukan dari Liga Super 2017, 7 dari 100PLUS Liga Premier 2017 dan 1 dari pasukan Liga FAM 2017 dengan jumlah keseluruhan 16 pasukan akan berentap dalam 8 perlawanan Pusingan Ketiga Piala FA 2017 nanti.

Undian akan dibuat pada hari Ahad, 19 Februari 2017 jam 8 pagi dalam rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O’ dan akan disiarkan secara langsung melalui stesen siaran Penyiar Rasmi, TV9.

 

Leave a Reply

1 × four =