16 pasukan telah mara ke Pusingan Ketiga Piala FA 2017 setelah berentap dalam 16 perlawanan pada 13, 14 & 15 Februari yang lepas. 8 buah pasukan terdiri daripada Liga Super 2017, 7 pasukan dari 100PLUS Liga Premier 2017 dan 1 dari Liga FAM 2017.

Untuk perlawanan Pusingan Ketiga, kesemua pasukan bakal melalui proses pengundian. Undian perlawanan bakal disiarkan SECARA LANGSUNG oleh Penyiar Rasmi TV9 pada hari Ahad 19 Februari 2017, jam 8 pagi dalam rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O’.

Setelah proses pengundian nanti, perlawanan akan berlangsung pada 10 & 11 Mac 2017.

Leave a Reply

eighteen − 17 =