Football Malaysia LLP (FMLLP) telah memilih Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 4 November nanti.

Pada awalnya, FMLLP merancang untuk mengadakan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Oktober tetapi jadual Liga Malaysia terpaksa dipinda bagi memberi laluan kepada persiapan pasukan Malaysia ke Sukan SEA.

Walaubagaimanapun, Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat digunakan untuk acara bola sepak pada 4 November kerana sudah ditempah untuk acara lain.

Berdasarkan kapasiti 80 ribu tempat duduk penonton dan merupakan stadium kedua terbesar di Malaysia, pemilihan Stadium Shah Alam boleh dianggap sebagai pilihan terbaik dengan beberapa final sebelum ini termasuk Perlawanan Akhir Sukan SEA 2017 turut diadakan di stadium ini.

 

Leave a Reply

11 − 9 =